Thursday, November 11, 2010

TEKS UCAPAN HARI GURU 2010


oleh : Mohamad Zulkefli Bin Ismail
Ketua Pelajar SMK Dato' Kamaruddin

Bismillahirahmanirahim........
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera,salam sedaka dan salam satu Malaysia....
Terima kasih kepada pengerusi majlis,yang berusaha En Kamal Bin Mansor, Pengetua SMK Dato’ kamaruddin,yang berusaha En Adnan b Ahmad, YDP PIBG SMK Dato’ Kamaruddin,Yang berusaha En Norhan B Hussain,PK Pentadbiran,Yang berusaha En Shahidan B Hashim, PK Hal Ehwal Murid,Yang berusaha Pn Hjh Norshidah Bt Mohd Noor,PK Kokurikulum, yang berusaha En Rosmadi B Abdullah,PK Tingkatan Enam,Tn Hj shahabuddin B Mohamad,Guru cemerlang geografi,guru-guru kanan,ajk-ajk PIBG,barisan pimpinan masyarakat,guru-guru dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi dan di rahmati Allah sekalian.
Bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010.Tanggal 16 Mei setiap tahun kita akan menyambut Hari guru bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada mereka yang begelar guru.Tema hari guru pada tahun ini ialah guru pembina Negara Negara bangsa.Tema ini amat bersesuaian kerana mengikut keadaan zaman pada masa ini.
Saya selaku ketua pelajar mewakili semua rakan-rakan pelajar ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik sedaka.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu kepada kami semua.Guru diumpamakan lian yang membakar diri untuk menerangi alam ini.
Guru-guru,hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian..
Saya mewakili rakan-rakan pelajar ingin memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya kami pernah melakukan kesilapan,ada kata-kata meguris hati dan ada kelakuan kami yang kurang menyenangkan cikgu.Sesungguhnya keberkatan ilmu itu lahir dari keikhlasan hati cikgu.Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakan-rakan dan diri saya sendiri supaya menghormati guru serta orang yang lebih tua dari kita.

0 comments:

Post a Comment

 

welcome dude=) Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template